Wednesday 6 November 2013

3 months Annivesary!

Alhamdullillah genap 3bulan perkahwinan aku dan MrMunchux. Pejam celik pejam celik kan dah 3bulan. Eh asyik ulang-ulang ayat yang sama ja. Erm "orang baru" belum ada lagi insyaAllah ada rezeki dariNYA  aku dan MrMunchux terima dengan hati yang terbuka. Rezeki orang lain-lain ya sayang, ada yang bunting pelamin, ada yang dapat rezeki melalui kerjaya yang mantap dari segi gajinya.  Alhamdullillah aku dapat rezeki melalui kerjaya.  Kerja yang lari sikit dari bidang aku belajar tapi masih di dalam bidang pengurusan.  Dari segi gaji pulak syukur alhamdulillah, boleh lah aku membantu MrMunchux serba sedikit. Panjang pulak mukadimah aku. Hahahaha

Annivesary ni mesti semua orang akan jangka ada kek lah, kejutan sana sini lah, beli bunga ros tabur-tabur kelopak bunya tu atas katil lah, jenjalan ala-ala romantika punya siri TV dekat Astro Ria yang sweet-sweet gitu kan.  Tapi disebabkan aku ja yang terlebih romantik dan MrMunchux aku tu tak berapa nak romantik sangat so takdelah event-event yang aku jangkakan seperti dalam kebanyakan novel cinta yang aku baca. Agak sadis jugak sebenarnya. Huhuhu MrMunchux siap pergi kerja macam biasa lagi tau. Keluar awal pagi balik lewat malam. Erm tak kisah janji suami aku keluar cari rezeki yang halal oke uols.  Dia kerja kuat untuk aku jugak kan.  Yelah dapat isteri kuat makan so kena lah cari duit lebih. Hahahahahaha

4 Ogos - 4 November = 3 BULAN oke adik-adik. Aku ni ada lah decorate kad cinta dekat MrMunchux. Siap dengan kata-kata cinta lagi tau. Aku siap buat tampal-tampal ala-ala cikgu seni suruh buat masa aku tingkatan 1 dulu tau. Ala cari huruf dekat surat khabar then cantum-cantum bagi jadi satu ayat. Kecik besar ja huruf tu. Nama pon seni kan. Jadi aku yang kayu seni ni try la apply apa yang cikgu aku pernah ajar. Malas nak membazir duit beli kad yang mahal giler tu so aku guna ja kertas-kertas recycle kat ofis aku ni. Jimat kan aku. Tak payah membazir orang tua cakap. Hahahaha. Dengan penuh kasih sayang aku buat tau. Jarang aku nak berseni-seni bagai ni. Sejak kawen ja aku jadi terlebih nak berseni. Antara aku dengan MrMunchux ni, MrMunchux lagi berseni. Dia kalau dapat pen dengan kertas dah boleh jadi satu lukisan tau.

Kenkonon aku nak ajak MrMunchux ni pergi tengok wayang lah. Sebab kami berdua dah lama kot tak tengok wayang.  Then pergi lepak dekat Penang ka. Dulu time aku study boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti pergi Penang. Terutama sekali Batu Feringhi. Malangnya MrMunchux balik kerja pukul 2pagi haritu. Frust tahap gaban aku. Aku tunggu MrMunchux sampai terlena. Sangat-sangat kuciwa lah kononnya. Hahaha tapi aku buat tak reti ja.  Yang aku tau aku bangun awal masa 5hb November terus masak nasi lemak.  Awal aku bangun pun MrMunchux dah pergi kerja dah pon.  Hahahaha. So aku masak untuk family aku je lah. Breakfast+lunch+dinner makan je lah nasi lemak aku yang terlebih santan tu. Kihkihkih.

Malam 5hb tu MrMunchux balik kerja awal. Pukul 9.30 malam. Paling awal dan sejarah tercipta lah bagi aku. Hahahaha boleh catit dalam diari ni. Lepas aku hidang nasi lemak yang aku masak dengan penuh kasih sayang tu, ni bukan Nasi Lemak Cinta Sayang oke, ni Nasi Lemak Kasih Sayang. Hahahaha tak boleh belah nama nasi lemak aku ni. MrMunchux suruh aku bersiap katanya nak pergi ambil kakak kawan dia balik kerja. Aku siap ala kadar ajelah. Sebab aku bajet aku duduk dalam kereta aja then aku tidur. So aku dengan muka selenge tak mekap. No bedak No lipbalm No eyeliner No No No ! Hahahaha gaya dah macam hantu kak limah aje kan. Just ambil pashmina untuk tutup kepala aku. Then aku ikut MrMunchux. MrMunchux pon kemain pakai biasa-biasa ja. Tapi aku pelik lah dekat pukul 12malam takkan kakak kawan dia tak balik-balik lagi. Erm musykil disitu oke.

Sampai di destinasi yang dituju. Eh kenapa datang dekat Caltex Lagenda Height? Kenapa kawan-kawan dia tunggu dekat sini? Kenapa ni? Aku yang muka sememeh ni takkan nak join MrMunchux dengan kawan-kawan dia kot. Memang lah aku kenal kawan-kawan dia tu. Zul, Syafiq, Yati tapi aku nie terlampau selekeh kot. Dia ajak aku turun jugak. Rupa-rupanya ajak aku pergi funfair dekat sebelah IPD Kuala Muda tu. Erm segan kot nak join depa maen. Erm dengan aku pakai selendang without pins. Aku pon join ajelah bila MrMunchux kata takda orang nak tengok aih. Dia seorang ja yang nak tengok. Oke aku layankan je lah. Mula-mula dia ajak aku maen yang kereta langar-langar tu tapi aku malas la. Kasar sangat lagipon aku takut aku drive kemana tudung aku kemana . Hahahahaha so aku decide ikut Yati naik yang pusing-pusing yang besar gedabak tu. 

Have fun walaupun balik rumah pukul 2 pagi. Pagi esok tu aku kerja setelah aku cuti hampir 5hari. Sangat-sangat letih tapi erm bagi aku apa yang MrMunchux buat tu sweet lah. Hahahahaha poyo ja aku ni. Oke what apa yang suami aku buat tu even tak dijangka tapi serius memang kejutan. So 3month annivesary aku celebrate lewat sehari di funfair Sungai Petani. Kehkehkeh. 

Panjang berjela entry ni. Aku ni kan malas nak update selalu so sekali update macam buat karangan lah kan. Ala kalau aku bercerita pon memang selalunya story aku akan panjang berjela siap boleh buat drama berepisod kot. Tak da gambar sweet-sweet sebab handphone aku dah "meninggal dunia". Meninggalkan aku yang addict gila main fb, twitter, whatsapp, wechat, instagram, dan lain-lain. Aku letak pic kawen aritu lah. Serius aku teringin nak pakai baju pengantin lagi. Nanti aku nak ajak MrMunchux shoot pakai baju ala-ala hindustan pulak lah. Hahahahaha tobat dia takmau lah. Kehkehkehkeh :p

I LOVE YOU MrMunchux FOREVER !

No comments:

Post a Comment