Friday, 15 March 2013

Adab Menegur (◕‿◕✿)


Dah lama rasa tak update blog . So arini aku ada masa sikit so boleh lah nak kongsi satu artikel yang aku terbaca dekat blog seorang Hamba Allah nie . Aku tertarik dengan ayat dia . So aku copy la sikit untuk pengetahuan aku juga. 
Adab menegur .
  1. Tegur dengan suara yang lembut.
  2. Tidak menegur dengan suara yang tinggi atau menguatkan suara.
  3. Elakkan dari menegur kesilapan atau kesalahan seseorang di depan khalayak ramai.
  4. Tegurlah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik agar tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur.
  5. Sebelum menyebut kesilapan seseorang, cuba lah bermukadimah dengan perkara yang boleh membuat seseorang itu gembira.
  6. Selepas membuat teguran pastikan anda meminta maaf atas teguran yang dibuat. Cubalah memujuk hatinya supaya jangan terasa atas teguran itu.

Sebab teguran jugaklah boleh menyebabkan tali persaudaraan sesama islam boleh terputus. Sebab teguran jugak boleh menyebabkan dua individu itu bermusuh. Tapi tak semua orang begitu. Hanya segelintir sahaja yang bersikap buruk macam tu. Asalkan kita sedar siapa kita, apa tujuan kita hidup, tahu dari mana kejadian kita, maka takkan berlaku perkara-perkara sebegitu.
Bagi aku nak menegur ni tak salah . Sapa2 pon boleh menegur . Asalkan teguran yang dia nak sampaikan kat kita tu tak mengguris hati kita . Tak buat orang terasa dengan perkataan kita sampaikan . At least, cara kita nak menegur pon kena tengok juga . Jangan sampai nak malukan dia . Itu bukan menegur . Aku hanya berkongsi pendapat sahaja . Aku ada buat salah so aku sentiasa mahukan teguran dari orang sekeliling aku . Jadi ini boleh dijadikan panduan dan ilmu kepada kita sesama muslim . :)