Wednesday 23 October 2013

Pengalaman Di Tempat Kerja Baru

Kerja baru aku kini dalam kawasan perindustrian yang berdekatan dengan rumah orang tua aku. Hanya 5minit dengan menaiki motor sampai lah ke tempat kerja aku. Luster Precision Engineering Sdn. Bhd. yang gah berhadapan jalan utama di kawasan kilang di Taman Ria Jaya Sungai Petani.

Pengalaman baru dengan orang-orang yang baru. Pekerja yang lebih ramai sekitar 12 orang dalam satu department. Kesemuanya Cina kecuali aku dan Kak Russ. Seriously aku memang susah nak menyesuaikan diri dekat sini. Mana tak nya sebelum nie pengalaman aku bekerja paling lama pon hanya 4 orang. Sebelum aku kawen pon aku bekerja hanya 2 orang saja. Memang agak sukar untuk memahami semua perangai orang. Bila dah ramai macam-macam ragam lah kita boleh tengok kan. Ada baik , ada busuk hati , ada kepochi , ada kaki kipas , ada yang sepesen tak puas hati lah , macam-macam ada like Astro oke. Haha

Aku start kerja selepas sehari majlis bertandang ke rumah suami aku. Kenduri bertandang sebelah lelaki 13hb Ogos ( raya ke 6 ) , 15hb Ogos aku dah terpacak kat tempat kerja . Terbaeeeekkk kan ? haha . Mai kerja dengan tak bersemangatnya bila demam menjengah diri. Penat kenduri tak hilang lagi kena mai daftar kerja pulak. Aku terima kerja nie pon sebab gaji dia not bad. Kira tinggi lah berbanding tempat kerja lama dan dekat Sungai Petani nie kalau dapat kerja gaji RM900 SILA LAH BEKERJA SEPERTI ANDA BERGAJI RM1500. hahaha itulah realitinya. Kalau gaji ampa RM600 SILAH LAH BEKERJA SEPERTI GAJI AMPA RM900. Tak menyalahkan sesiapa di sini tapi masih tak berubah takuk gaji kat sini. Kawasan makin maju, taraf hidup makin meningkat tapi gaji masih di takat RM500-rm600 ermm student lepasan SPM pon pikir banyak kali. Sebab tu ramai berhijrah ke Penang! * Oke aku dah start nak argue pasai gaji kat Sungai Petani pulak . haha

Aku ditawarkan kerja dengan jawatan lain tetapi memandangkan bos yang hire aku tu pon kena transfer makanya aku pon nak blah jugak lah. Sebab bos baru nie kekwat nak mampos. Semua nak dengar dia punya pendapat. Cakap malay pon tak terus. Haha :p tapi bos yang amek aku kerja tu tak bagi aku quit then bagi jawatan lain. SENIOR CLERK for deparmetn SALES & MARKETING , PURCHASING !!!!!!!!!! Erm akaun aku masa kat poly dulu pon hancuss nie apa pulak aku dapat department nie. Memang lingkuplah aku kat sini.

Sebulan kerja aku MC hampir 9HARI !!! Di atas masalah kesihatan aku yang makin memburuk selepas kawen so kerja aku ambik MC ja. Baru mai kerja 2 hari aku MC 2hari lepas tu 3hari lepas tu 2hari lastly 2hari. Sampaikan bos baru tu bising kat aku. Aku buat derk je lah. MC yang aku dapat bukan calang-calang tau, aku dapat dari Hospital GOV so sah lah MC aku tu. Bukan MC klinik swasta yang boleh dibeli sewenang-wenangnya. Ada juga MC dari klinik panel tapi ada surat minta aku refer ke Hospital. Jadi aku pekakkan telinga ja bila depa-depa nie dok beletiaq kat aku.

Dalam tak sedar, sampai saat aku menaip nie hampir 2 bulan lebih jugaklah aku bekerja. Perangai sorang-sorang aku dah faham. Dah hafal semua dari cara cakap, cara beletiaq, cara jawab telefon, semualah. Tapi aku hormat depa. Aku ikut tingkah dan tunjuk ajar depa nie. Aku tak pernah melawan. Aku kena beletiaq aku angguk ja. Nak bising belakang2 ja atau aku mengadu kat somi aku nanges-nanges luah perasaan. Biasalah bila kerja ngan Cina nie, kerja nak cepat tapi dotdotdotdot.... if aku tak tahan sangat aku berhenti  cari kerja lain. Masih menunggu tawaran GOV tapi ada rezeki naty InsyaAllah dapatkan.

So doakan aku dengan somi aku mana tau dapat rezeki kami salah seorang kerja GOV ke, kerja SWASTA ke yang menjamin masa depan kami berdua. Erm mungkin rezeki anak kot naty, hehehe InsyaAllah mana kita tau kan. Panjang lebar aku menaip nie kemain lagi kan. Tak sedar aku kat ofis. Kena warning letter yang diugut-ugut tu baru padan muka aku. Eh! Aku pon bagi la surat resign. Kerja lama-lama kat sini pon tak boleh, sebab yang naik pangkat cepat orang lain tapi orang macam aku yang kerja hempas pulas, aku tak naik-naik pon pangkat. Bak kata Farouk Hussein dalam rancangan “Sembang Teh Tarik” ngan Dato AC Mizal, “kerja bertahun-tahun pon bukan boleh naik pangkat jadi MD” hahahahahaha . Nie pandangan aku yang semakin positif oke. Kehkehkeh :p



Tuesday 22 October 2013

Dunia Baru #JaDyien

Dunia baru aku kini. Dia yang bergelar SUAMI yang kini 24/7 sentiasa di sisiku. Perasaan yang sukar aku ungkapkan. Hampir 3 bulan menjadi isteri. Serba serbi jadi indah. haha

Boleh bayang tak ampa ada teman gaduh, teman makan, teman tidur, teman shopping, teman tengok tv, eh segalanya bertemanlah. Bergaduh pun tak lama. Sekejap ja sebab bila dua2 diam kan sunyi. Kalau orang tu tak cuit dulu mesti aku cuit dulu kan . Gitulah kehidupan rumahtangga. 

Aku bukanlah surirumah sepenuh masa. Aku bekerja office hour. So masak memasak yang special2 gitu aku masak masa hujung minggu la. Dia pulak kerja tak tentu masa. Keluar sama-sama ngan aku balik kerja pulak tengah malam. So kalau hari bekerja sangatlah terhad masa kami. Itupun hujung minggu dia bekerja juga. Kalau aku rasa teramat boring sangat-sangat baru lah aku merap nak kesana sini walaupun masa tu dah pukul 1 pagi . Ala bukan p mana pun ronda kat pekan Sungai Petani ja lepastu balik la. Belum sampai rumah aku dah terlelap dulu . 

Serius kehidupan yang baru ini mencabar. Ini dari pengalaman aku yang baru nak cecah 3 bulan. Bukan nak menakutkan bakal raja sehari tapi bila ampa dah kawen, ampa akan kuat fizikal dan mental. Tak semua yang kita jangka itu indah. Tapi kan perasaan bahagia yang masih menyelebungi pengantin baru ni sentiasa positif ja sepangjang masa . 

Aku harap perkahwinan aku dan si dia ini bahagia selamanya. Doakan aku dapat baby yang comel2 serta soleh dan solehah tau. Dan yang pastinya aku mengharapkan kebahagian kami akan berpanjangan selamanya. SELAMA-LAMANYA tau . 

* okey lah . aku taip ni laju-laju sebab aku kat ofis lagi nie . Kalau dapat tangkap mau naya ja aku kat sini .