Tuesday 19 November 2013

Hidup Berdikari !

Disebabkan aku dengan suami sekarang stay dengan family aku so kami decide untuk hidup berdikari. Kami akan sewa rumah sendiri, jalani hidup suami isteri sendiri-sendiri, like other couple yang dah kahwin. Dari awal lagi aku dah ajak MrMunchux duduk rumah sewa tapi kewangan kami yang tak berapa nak stabil lagi kami pon stay lah dengan family aku. Masa baru-baru kahwin dulu aku ngan suami ulang alik jugak lah. Kalau hari bekerja aku stay dengan family aku sebab tempat kerja aku dengan rumah hanya 5minit sahaja (if naik motorlah. Kan boleh pecut!) Bila weekend ja aku balik rumah mertua. Jarak rumah parents aku dengan mertua adalah dekat 20minit. Tapi kadang-kadang jadi dekat 30minit, bukan apa traffic light banyak sangat.

Tapi bila adik aku yang kakcik tu nak mendirikan rumahtangga jugak takkan aku nak stay lagi ngan family aku. Bilik rumah aku ada 3 ja. Ada lah satu bilik yang kecik tu tapi tu kan stor. So nanti dia akad nikah nak buat bilik pengantin kat mana kan. Aku ngan suami pun gigih lah cari rumah sewa sekitar rumah parents aku. Dekat sikit ngan tempat kerja aku. Mudah aku nak ulang alik. Tapi malangnya tiada rezeki kami. Rumah kosong telah dikhaskan untuk pekerja asing yang bekerja di kawasan perindustrian sekitar taman aku ni. Geram jugak rasa, untuk warganegara dianaktirikan tapi untuk warga asing mudah ja bagi kemudahan. Ini tidak adil ok!

Suami dah pening kepala bila aku cakap hujung bulan November aku nak jugak keluar dari rumah parents aku. Ye lah adik aku tu akad nikah 8 Disember. Erm yang dia ni pon, kalau tau nak nikah tahun ni baik buat sekali ja. Menyusahkan sungguh. Suami cari mula-mula dapat dekat Bandar Puteri Jaya. Sewa RM300 sebulan tapi malangnya sangat jauh dari tempat kerja aku. Aku ni kan lembap kalau duduk jauh-jauh takut lambat masuk kerja ja. Bangun lah awal sebelum subuh pon tapi tetap lambat. Suami kata aku ni jenis ralit. Kemudian aku cari dekat Mudah.com, ada kosong dekat Bandar Mutiara. Tak jauh sangat dengan tempat kerja aku. Ada stesen minyak Petronas, kedai runcit tapi tempat tu sunyi. Tak ramai orang yang duduk kat situ lagi.

Lastly, kakak kat tempat kerja ni tawar rumah rumah adik dia dekat Amanjaya jalan nak pergi Taman Kelisa dekat aku. Sewa hanya RM250 sahaja. Ada barang dapur sikit macam peti ais, cabinet dapur, pinggan mangkuk, set katil. Alhamdullillah Ya Allah. Lagi bersyukur bila Kak Russ cakap barang dapur tu aku boleh guna dulu sementara adik dia nak arrange lori p ambil. Set katil tu aku simpan lah takkan aku nak guna pulak kan. Syukur sangat. InsyaAllah awal Disember sebelum kakcik akad nikah aku akan masuk rumah baru. Just bawa barang aku dengan suami saja sebab rumah tu dah siap semua. Tikar getah semua dah tersedia. Ya Allah rezeki mu berganda pada hambamu ini Ya Allah.

So aku dah tak stress pasal rumah sewa. Sekarang aku kena kemas barang-barang aku yang tak seberapa tu dulu. Ada lagi seminggu lebih lagi untuk aku angkut barang-barang aku. Sekarang ni rumah tu masih ada penyewa. Hujung bulan ni baru dia keluar. So after tu aku pulak masuk. Murah rezeki adik Kak Russ, ye lah dah la sewa agak murah siap bagi guna barang-barang dia pulak. Budi baik Kak Russ bantu aku untuk aku hidup berdikari ni tak akan aku lupa sampai bila-bila. Now mood pindah rumah ok ON !!!! Excited aku nak hidup sendiri dengan MrMunchux ni. Rumah sewa aku dengan rumah parents aku agak jauh jugak. Ada lah dalam 15minit. Hehehe jauh sangatkan. Bersyukur sangat masalah ni dah selesai. Alhamdullillah. (:

No comments:

Post a Comment