Kerja baru aku kini dalam kawasan perindustrian yang
berdekatan dengan rumah orang tua aku. Hanya 5minit dengan menaiki motor sampai
lah ke tempat kerja aku. Luster Precision Engineering Sdn. Bhd. yang gah
berhadapan jalan utama di kawasan kilang di Taman Ria Jaya Sungai Petani.
Pengalaman baru dengan orang-orang yang baru. Pekerja yang
lebih ramai sekitar 12 orang dalam satu department. Kesemuanya Cina kecuali aku
dan Kak Russ. Seriously aku memang susah nak menyesuaikan diri dekat sini. Mana
tak nya sebelum nie pengalaman aku bekerja paling lama pon hanya 4 orang.
Sebelum aku kawen pon aku bekerja hanya 2 orang saja. Memang agak sukar untuk
memahami semua perangai orang. Bila dah ramai macam-macam ragam lah kita boleh
tengok kan . Ada baik , ada busuk hati
, ada kepochi , ada kaki kipas , ada yang sepesen tak puas hati lah ,
macam-macam ada like Astro oke. Haha
Aku start kerja selepas sehari majlis bertandang ke rumah
suami aku. Kenduri bertandang sebelah lelaki 13hb Ogos ( raya ke 6 ) , 15hb
Ogos aku dah terpacak kat tempat kerja . Terbaeeeekkk kan ? haha . Mai kerja dengan tak
bersemangatnya bila demam menjengah diri. Penat kenduri tak hilang lagi kena
mai daftar kerja pulak. Aku terima kerja nie pon sebab gaji dia not bad. Kira
tinggi lah berbanding tempat kerja lama dan dekat Sungai Petani nie kalau dapat
kerja gaji RM900 SILA LAH BEKERJA SEPERTI ANDA BERGAJI RM1500. hahaha itulah
realitinya. Kalau gaji ampa RM600 SILAH LAH BEKERJA SEPERTI GAJI AMPA RM900.
Tak menyalahkan sesiapa di sini tapi masih tak berubah takuk gaji kat sini.
Kawasan makin maju, taraf hidup makin meningkat tapi gaji masih di takat
RM500-rm600 ermm student lepasan SPM pon pikir banyak kali. Sebab tu ramai
berhijrah ke Penang ! * Oke aku dah start nak
argue pasai gaji kat Sungai Petani pulak . haha
Aku ditawarkan kerja dengan jawatan lain tetapi
memandangkan bos yang hire aku tu pon kena transfer makanya aku pon nak blah
jugak lah. Sebab bos baru nie kekwat nak mampos. Semua nak dengar dia punya
pendapat. Cakap malay pon tak terus. Haha :p tapi bos yang amek aku kerja tu
tak bagi aku quit then bagi jawatan lain. SENIOR CLERK for deparmetn SALES
& MARKETING , PURCHASING !!!!!!!!!! Erm akaun aku masa kat poly dulu pon
hancuss nie apa pulak aku dapat department nie. Memang lingkuplah aku kat sini.
Sebulan kerja aku MC hampir 9HARI !!! Di atas masalah
kesihatan aku yang makin memburuk selepas kawen so kerja aku ambik MC ja. Baru
mai kerja 2 hari aku MC 2hari lepas tu 3hari lepas tu 2hari lastly 2hari. Sampaikan
bos baru tu bising kat aku. Aku buat derk je lah. MC yang aku dapat bukan
calang-calang tau, aku dapat dari Hospital GOV so sah lah MC aku tu. Bukan MC
klinik swasta yang boleh dibeli sewenang-wenangnya. Ada
juga MC dari klinik panel tapi ada surat
minta aku refer ke Hospital. Jadi aku pekakkan telinga ja bila depa-depa nie
dok beletiaq kat aku.
Dalam tak sedar, sampai saat aku menaip nie hampir 2 bulan
lebih jugaklah aku bekerja. Perangai sorang-sorang aku dah faham. Dah hafal
semua dari cara cakap, cara beletiaq, cara jawab telefon, semualah. Tapi aku
hormat depa. Aku ikut tingkah dan tunjuk ajar depa nie. Aku tak pernah melawan.
Aku kena beletiaq aku angguk ja. Nak bising belakang2 ja atau aku mengadu kat
somi aku nanges-nanges luah perasaan. Biasalah bila kerja ngan Cina nie, kerja
nak cepat tapi dotdotdotdot.... if aku tak tahan sangat aku berhenti cari kerja lain. Masih menunggu tawaran GOV
tapi ada rezeki naty InsyaAllah dapatkan.
So doakan aku dengan somi aku mana tau dapat rezeki kami salah
seorang kerja GOV ke, kerja SWASTA ke yang menjamin masa depan kami berdua. Erm
mungkin rezeki anak kot naty, hehehe InsyaAllah mana kita tau kan . Panjang lebar aku menaip nie kemain lagi
kan . Tak sedar
aku kat ofis. Kena warning letter yang diugut-ugut tu baru padan muka aku. Eh! Aku
pon bagi la surat
resign. Kerja lama-lama kat sini pon tak boleh, sebab yang naik pangkat cepat orang
lain tapi orang macam aku yang kerja hempas pulas, aku tak naik-naik pon pangkat.
Bak kata Farouk Hussein dalam rancangan “Sembang Teh Tarik” ngan Dato AC Mizal,
“kerja bertahun-tahun pon bukan boleh naik pangkat jadi MD” hahahahahaha . Nie pandangan
aku yang semakin positif oke. Kehkehkeh :p
No comments:
Post a Comment