Wednesday 13 November 2013

Luahan Perasaan tiba-tiba...

Assalamualaikum .

13 November adalah hari paling letih aku pernah hadapi.  Aku buat kerja non-stop dari mai kerja sampai la pukul 5petang. Tu pun ada lagi emel yang aku kena hantar. Gara-gara kpochi belakang aku ni ada emergency ( ayah mertua dia mati) so kerja-kerja dia yang sememangnya banyak tu aku kena cover until Jumaat ni. Serius aku rasa aku SuperHeroin sangat.

Aku ni baru Senior Clerk, baru 2bulan 28hari ( so lagi 2hari genap la aku kerja 3bulan), banyak benda aku tak pandai lagi. Nak kena cover jawatan Assistant Officer, memang daebak sangat. Kpochi ni banyak buat kerja berkaitan akaun. Aku banyak buat pasal PO, Invoice, Quotation dan failing fail ja. Bila nak kena cover kerja yang aku tak minat dari Politeknik dulu memang azab lah. Ada jugak aku pernah buat kerja kpochi ni tapi tak selalu. Dalam sebulan ada lah 2 3 kali aku buat. So jarang-jarang buat memang jammed otak aku.

Cuba bayang bila BC Loo suruh buat debit note memang cengang lah aku. Haha memang la format dah ada tapi masalahnya aku masih tak hadam lagi nak buka folder mana, lepas tu folder apa. Before buat tu nak kena daftar dulu dalam system. Masalahnya system tu ada kat folder mana. Erm aku amik masa lama jugak untuk cari dalam folder. Satu-satu folder aku buka, dah jumpa dah daftar nak kena cari folder company. Agak rumit bagi aku bila takda tenaga pengajar ni. Padan la muka aku, dekat poly dulu taknak amik tau sangat pasal basic akaun nie last-last nganga je lah.

Aku sampai call Sha lah. Aku kacau dia tanya dia debit note tu sebenarnya apa. Sha ada terang kat aku tapi sha tak boleh tunjuk. Gila kot nak tunjuk, Sha dekat Kepala Batas Penang, aku pula dekat Sungai Petani. Memang kerja gila lah. Erm lastly aku ikut gak cakap Sha ( memang selalu aku akan ikut apa Sha cakap) aku main letak ja apa info yang ada dekat attach paper tu. Dah print semua aku tunjuk dekat BC Loo, ada la jugak salah yang aku buat. So aku p betulkan. Atleast bila ada kesalahan aku sedar yang mana format yang betul kan.

Aku buat kerja tak dan siap ada ja yang jerit nama aku. Non stop lah depa ni dok Ayien Ayien. Sat-sat Ayien sat sat Ayien, tiba-tiba Aini. Eh? Erm itulah reality aku banyak sangat panggilan. Biasalah kerja dengan puak cina sebutan bukan nak betul sangat. Nama Vani jadi Wani. Mula-mula aku tak faham lansung tapi dah lama tu aku layankan ja.

Serius pinggang aku sakit, pastu aku baru sedar even aku dahaga pon aku tak minum lansung air mineral sebab kusyuk dengan kerja. Aku takut tak sempat siap. Bila tak siap kena stayback. Bukan ada OT pon kalau stayback dalam 30minit. Buat penat ja. Aku akan pastikan aku akan keluar dari ofis tepat pukul 6. Serius bahu aku sakit. Sakit ya amat tau dak.

Aku nak sambung buat kerja ni. Ada 2 3 kerja yang aku nak selesaikan before pukul 6. Komputer ni bukan boleh mai angin dia, satgi dia heng, ngan aku-aku nak heng juga. Balik ni aku nak mandi siap-siap pastu aku nak berehat. Bagi tenang tulang belakang aku. Otak aku pon dah sesak dok hadam nombor banyak sangat. Mau juling mata aku lama-lama tengok pc ni. Kalau buat kerja boleh juling tapi kalau fb ka twitter ka sampai nak buta pon boleh dok ngadap lagi. Haha >.<

No comments:

Post a Comment