Bila call cawangan Kepala Batas, Penang depa pergi tak Langkawi terus Kak Eila kata tak mau p sebab dia tak ada transport . Memang dah agak kena pergi juga ni . Lepas tu aku ngan kazni siap la buat alasan berbagai cakap nak balik kampung la apa la last-last Kak Jamilah datang kedai cakap esok kedai tutup pukul 4 petang . Bawa baju siap-siap sebab terus bertolak ke jeti Kuala Kedah . Oke aku dengan kazni terus jammed ! Blur seketika .
Time ni la pulak aku nak berjimat time laen tak pula nak bejimat . Nak tau sampai ja kat Jetty Kuah tu, aku dengan Kazni cepat-cepat cari mesin ATM . Yelah dalam purse aku tinggal RM20 . Kazni pon lebih kurang ja . haha .
Sampai-sampai dekat branch baru . Aku turun kereta terus peluk Keknis . Rindu sangat-sangat dekat keknis . Keknis yang rajin layan dengar aku bercerita hari-hari kat kedai . Yang banyak motivate aku . Yang banyak bagi nasihat kat aku . Sumpah rindu dekat keknis . Dekat 6 bulan aku kerja aku dok dengan keknis dari pagi sampai malam . Dari status keknis tunangan orang + anak dara sekarang dah jadi bini orang memang lah terasa bila keknis dah tak ada dengan aku . Dah la keknis stay dekat Langkawi . Jauh tau tak. Nak kena naek ferry lah kereta kena sewa lah . Kalau la Langkawi buat jambatan macam nak p Pulau Pinang kan best . Boleh hujung minggu aq p dekat keknis . hehe . Siyes aku rindu sangat-sangat dengan keknis . Oke over pulak aku nie melayan perasaan .
Sila jeles kerana kami dapat bergambar dengan Nora Danish dan Farid Kamil . Aku tak sangka dapat berjumpa dengan ND & FK . Ye lah aku follow instag depa nie dok kata ada dekat Langkawi . So aku ada cakap dekat Kazni kalau lah dapat jumpa ND atau FK kan best . Tapi aku lebih teruja dapat jumpa ND . Yelah penangan cerita Tentang Dhia dan Aku Terima Nikahnya . Hehehe . Untung Abang Man husband Keknis nak bawa Kazni ronda Pantai Chenang . Aku nie mata melilau pandang sana sini macam tak pernah pi Langkawi aje . So bila aku nampak macam ada barang-barang orang tengah shooting aq pon jengoii kot tingkap tengok-tengok nampak FK . Apa lagi aku pon jerit la dalam kereta . Abang Man pon tanpa bagi signal terus belok kereta ke kiri . Nampak sangat kami semua excited .