Wednesday 20 November 2013

Kisah aku & dia l Part 1

( Entry yang lebih panjang dari biasa !)

Mengimbau perkenalan aku dengan MrMunchux 4tahun lepas boleh buat aku ketawa menangis dalam satu masa tau. Iyelah lelaki yang aku tak berapa nak suka awalnya akhirnya jadi suami aku. Takda lah aku ni tak suka sangat-sangat dekat dia tapi disebabkan time MrMunchux study dekat KISMEC tu dia stay dekat asrama yang disediakan depan rumah aku. Hari-hari tengok perangai depa tu so rasa macam tak layan pon tak pa kot.

Setakat usik-usik tu aku tak kisah sangat. Alah biasalah kan lelaki nak mengorat kan. Haha *kau ingat kau vogue sangat ka ain oiii? Hahahaha :p So dipendekkan cerita, MrMunchux and the geng ni minta nombor telefon aku dekat kakcik. Kakcik yang mulakan siap cakap lagi sapa yang ada kereta tu ja kak kami bagi nombor telefon. Whattttt???????!!!!!!! Aku pulak yang kena kan. So nombor telefon aku pon selamat terbang dekat rumah bujang depan rumah aku ni ha.

Tapi kan yang peliknya hampir seminggu jugak tak da sapa pon nak miscall ke nak sms ke. Weird kan? Aku pun buat tak tahu ajelah. Time tu aku malas nak melayan sangat. Sebab time tu aku tengah cinta mati dengan si Krol. Tapi masa tu dia pergi latihan tentera darat so kenkonon aku ni pencinta setia lah. Kononnya. Alah masa tu umur aku baru 18 so tolong lah klasifikasikan yang itu adalah cinta monyet. *monyet pon tak bercinta macam aku. Hahaha

So after 1week, baru ada perkembangan bila ada orang sms aku. Masa tu aku memang tak cam ni sapa eqk. Haha yang mana sorang yang mesej aku pon aku taktau. After that dia call aku guna telefon rumah dari pukul 12 malam until 5pagi. Lama kan punya la nak ayat aku. Tapi masa tu aku layankan aja. Ye lah time tu kan “pakwe cinta mati” tu kan pergi kursus. So berlarutan lah perkenalan kami dari sehari ke sehari.

Until 27/03/2009 dia ajak aku keluar. Masa keluar tu kami pergi Kuala Ketil kot tak salah aku. Masa tu lah aku declare dengan MrMunchux itupun dalam kereta masa nak balik Sungai Petani. Erm masa tu cinta mati ke cinta padamu ke cinta sehidup semati ke dah lupa semua dah. So aku isytiharkan cinta mati aku dekat Krol pun berlalu pergi macam tu ja. Ye lah tak pernah call aku lansung so aku sahkan kami dah clash. *kerlasss sangat kan. Hahaha

So dari hari ke hari aku mengenali MrMunchux sampai lah aku nak pergi JomHeboh dekat Lumut. Masa tu aku ada berkawan dengan tentera laut. Aku kawan dengan navy ni lagi awal dari MrMunchux. Navy tu siap bagi duit tambang pergi balik lagi semata-mata nak aku pergi JomHeboh dekat dalam Base Navy. *ekceli aku ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Lebih selesa berkawan dengan kawan dari jantina yang berlainan. Time tu MrMunchux tak bagi pergi tau. Tapi aku pergi jugak. Budak keras kepala mana boleh halang kan. Aku pergi Lumut 2hari, tiap masa call. Bagus betul MrMunchux ni.

Bulan 6 2009 – peristiwa pahit bagi kami berdua. Emak kesayangan MrMunchux pergi menghadap Illahi manakala mama aku admit hospital kerana stroke. Mama aku masuk hospital 16/06/2009 manakala emak MrMunchux menghadap Illahi 19/06/2009. Semangat kami berdua masa tu sangat rapuh. MrMunchux aku nampak wajah kesedihan, diam ja, bercakap sikit bergenang air mata. Masa tu adalah masa yang sukar memandangkan masa tu perkenalan kami baru menginjak 3bulan.
So tahun 2010 aku dah mula masuk belajar dekat Politeknik Perlis. MrMunchux banyak support aku dari fizikal dan mental. MrMunchux lah yang datang ambil bila aku nak balik rumah, siap berhantar lagi ke poly. Sem 1 – sem 2 memang MrMunchux lah yang setia di sisi aku walaupun time tu aku mula nak berpaling tadah dari dia. Hari-hari MrMunchux pesan jangan pandang lelaki-lelaki di poly tu. Hahaha jealous jugak eqk.

Sem 3 aku praktikal dekat Mahkamah Syariah Kuala Muda, MrMunchux pergi kerja dekat Langkawi. Masa tu aku mula berdikari. Until sem 4, MrMunchux masih di Langkawi. Tak da sapa nak hantar dan ambil aku. Aku mula rasa susah. Yelah selalunya nak balik kampung ke tak menjadi masalah buat aku tapi bila MrMunchux tak da memang mencabar lah bagi aku.

Sampailah aku dah habes belajar, aku mula kerja part time dekat Carnival Waterpark untuk sebulan saja, MrMunchux balik ke Sungai Petani dan tak akan pergi ke Langkawi lagi. Seronok tak terkata la aku pon. Sukar tau perhubungan jarak jauh ni. Siapa cakap mudah tu aku respect lah. So aku dah tak berjauhan dah dengan MrMunchux dari awal tahun 2012 until now ! 


Inilah serba sedikit perkenalan aku dengan MrMunchux selama 4tahun lepas. Sampailah kejutan tiba-tiba merisik dan bertunang terus berkahwin. Macam cepat ja masa berlalu. Nanti aku sambung Part 2 pulak. Nak ingat satu-satu memang panjang berjela lah nak menaip ni so aku cerita secara random. Btw MrMunchux lah orang yang paling sabar melayan karenah aku. Thanks sayang !





Gambar aku masa dok bercintan cintun dengan MrMunchux



No comments:

Post a Comment