Sunday, 10 November 2013

Simptom Pelik Yang Aku Alami Kini !

Sejak dua menjak ni aku merasakan diri aku ni pelik. Bila aku minum air kopi atau Nescafe aku akan sakit kepala. Berat giler lah kepala aku. Aku ingat mungkin aku tak boleh minum kopi terlalu banyak tapi bila aku hanya bancuh sepeket pon aku tetap sakit kepala. Aku siap beli LA kopi KOPIKO lagi tau, punya la terpengaruh dengan iklan tv. Tapi perkara yang sama terjadi dekat aku. So MrMunchux dengan baik hatinya tiap-tiap malam beli kan aku susu Dutch Lady yang 900ml punya, bekal aku bawak p tempat kerja. Tapi ada symptom-simptom lain yang tiba-tiba ada dekat diri aku ni.

Perkara pelik yang utama ialah aku tak boleh nak dekat-dekat dengan MrMunchux. Aku rasa bau rokok dekat dia tu terlalu kuat sampai aku tolak-tolak lah dia. Erm selalu ok ja. Sampaikan MrMunchux kena gosok gigi berulangkali lah. Serius aku naik rimas + aku naik angin kalau aku duduk dekat dia pastu bau rokok. Membara ja jiwa ni.

Lagi satu mood aku senang ja berubah-ubah. Kejap aku feeling marah sangat-sangat. Kadang-kadang aku feeling sedih ya amat. Tapi kalau marah lagi feeling lah. Hahaha teruk kan. Tapi yang aku pasti mood aku nie tak teratur la. Kejap marah kejap sedih kejap suka kejap nak mengamuk. Erm kadang-kadang aku pon tak pasti dengan diri aku ni.

Dalam 2 3 hari nie aku rajin sakit pinggang. Berdiri lama tak boleh, duduk lama tak boleh, baring lama pon tak boleh, erm serba tak kena la diri aku ni. Pastu yang paling sakit bila nak tidur ja perut jadi cramp. Sakit tak terkata la. Kena tindan dengan bantal lembut kat bahagian pinggang. Sakit sampai taktau nak cerita kat orang macamna. Kaki aku pulak duduk tak duduk bengkak ja. Tiap-tiap malam MrMunchux kena la sapu minyak. MrMunchux cakap aku banyak berjalan. Erm tak tau lah tapi yang pasti kat tempat kerja aku mana boleh dok diam ada ja yang memerlukan pertolongan aku. Huhuhu kadang-kadang aku rasa aku ni hamba depa ja time bekerja. Tapi kadang-kadang la perasaan tu mai. Nama pun kerja kan.

Yang paling ketara sekali aku kerap nak buang air kecil. Kejap kejap p toilet. Pastu satgi p lagi toilet. Aku pon pelik. Maybe aku nie minum air banyak kot. Yang peliknya aku kalau bab nak buang air besar subhanallah payah. Tiba-tiba kena attack dengan sembelit. Erm orang kata makan pisang senang nak membuang. Tak da maknanya, gitu ja jadinya. Betik memang aku tak makan pon. Tak tau lah apa yang tak kena dengan aku ni. Risau pulak jadinya.

Ni lah kerisauan aku yang bermain dalam fikiran aku. Kadang-kadang aku stress gila fikir apa la yang terjadi kat aku. Erm badan kejap-kejap oke, kejap-kejap demam. Mata panas ja bila mai kerja. Maybe aku kerja kat opis 10jam dalam aircond. So senang la kena attack demam. Haish nak jumpa doctor panel pon aku dah naik segan. MrMunchux pon risau dengan keadaan aku. Dia pon penat kerja dari pagi sampai malam. Hope aku cepat sihat, kesian kat MrMunchux kena jaga aku ja sentiasa. Aku yang confius dengan diri aku sendiri tika ini. :’(

No comments:

Post a Comment