Monday 31 December 2012

Bencana Kuman l entry bergambar (◕‿◕✿)

30 Disember 2012 . mrMunchux datang rumah ambil aku pun dah pukul 5 petang . Dia datang dekat pukul 4 tapi tak bagitahu dah nak sampai last-last kena tunggu la aku nak bersiap . haha . So lepas aku dah siap semua terus gerak ke Klinik Dr Husna . Kulit aku ni tak tau la naik apa kebenda ntah . Sakit je hati aku nie tengok . Dah buruk ! Oke fine . Lepas kena berleter dengan mama dan adeq aku yang turut serta sama lecture aku so aku pon dengan berat hati pergi jumpa doktor . Bukan aku tak nak jumpa doktor tapi aku malu nak tunjuk apa bencana yang ada dekat badan aku nie hah . Malu siot . Dengan mak aku pon aku malu nak tunjuk . 

Sampai ja dekat Taman Ria, nak cari parking hujan turun dengan selebat-lebatnya . So berlari-lari anak lah aku dengan mrMunchux . Masuk je kat dalam klinik tu tengok kat receiption ada tanda TUTUP . Musykil aku . Orang ada la dalam 2 3 orang tapi kenapa tutup . So aku keluar balik pergi kat pintu sebelah . Aku tanya la kat kakak misi pakai baju warna pink tu . Tutup ke klinik sebelah nie , kakak tu cakap tak tutup lagi . Cuba pi tanya dekat kaunter tu . So aku try nasib lagi . Aku masuk balik terus pergi kat kaunter . Aku tanya dekat kakak kaunter tu klinik dah tutup ke . Baru dia perasan yang dia tak tukar lagi penanda tutup tu kepada OPEN . haha .

Sementara tunggu nak jumpa doktor, aku pon dok update status dekat twitter . Pastu mrMunchux minta handphone nak main game . Dalam 10 minit jugak dekat ruang menunggu tu nama aku kena panggil . Berdebar aih nak jumpa doktor . So masuk je jumpa doktor aku terus bagi penerangan padat apa yang berlaku dekat aku . Doktor suruh aku baring dekat atas katil pastu doktor tu siap tarik langsir tu sebab dia nak suruh aku tunjuk apa yang jadi kat kulit aku . Aku segan gila nasib doktor perempuan . So aku selak la tempat-tempat yang kena bencana tu . Aku tengok doktor tu diam aje . Pastu aku ikut doktor tu duduk dekat meja dia n then baru dia terang kat aku apa yang jadi kat aku .

Kulit aku nie sensitif . So aku kena jangkitan kuman . Jangkitan fungus pon ada . Haisshh aku terus buat muka pelik . Aku tanya la dekat doktor macam mana boleh jadi . Doktor tu kata banyak sebab . Mungkin sebab kulit yang lembap . Pastu dekat toilet awam kan banyak kuman boleh jadi dekat situ juga . Sekarang ni kan banyak tandas duduk dah jarang la jumpa tandas cangkung-cangkung tu kan so lagi senang la nak kena jangkitan kuman . Tambahan aku nie pulak kulit sensitif . Pastu benda nie boleh menjalar satu badan . Oh my God badan aku dah tak gebus . So doktor tu pon terangkan ubat-ubatan yang aku dapat . 

So inilah ubat yang harus aku telan sepanjang 2 minggu sebelum next appointment . Yang botol merah tu sabun ubat . Tapi sabun tu wangi tau . Just guna 2 kali SEMINGGU . haha . Ubat biru tu pil dos tinggi . Ada 10 so aku kena habiskan pil tu dalam masa 10 hari . Wajib habiskan . Pastu sambung makan ubat yang warna hijau pula . Yang itu dos rendah sikit . Pastu krim Econazine . Krim ni memang sentiasa ada dekat rumah aku tapi tak sangka doktor nak bagi lagi krim nie . So jumlah yang harus aku bayar RM82.00 . Not bad lah harga dia kan . Lepas tu aku singgah kat Farmasi Nazifa kira sederet dengan klinik dr Husna ni jugak lah . Aku beli krim Econazine tu untuk spare kalau dah habis nanti kan . Yelah doktor bagi krim tu kecik sangat . Pastu aku beli Vitamin C 21st Century punya . Aku cari yang 1000mg dah habis so aku beli  ajelah yang 500mg . Kena la makan 2 biji sehari . Cuma tunggu Jus Kolagen dari sis Fyna ja . Semua nie aku buat nak kembalikan kulit aku macam dulu . Aduh sengsara beb kulit dah kena bencana macam nie.

 So aku bertambah runsing bila doktor cakap parut muda yang terjadi tu akan hilang dalam masa 2 hingga ke 3 bulan . Oh my God !! Takut la beb bila mama dah bising cakap "Nanti bila laki hang tengok kulit hang jadi macam ni dia takmau kat hang baru hang tau . Berbuih mulut aih cakap dengan hang ni suruh pi jumpa doktor takmau". Oh my mama tolonglah jangan cakap macam tu . Sumpah takmau . So misi sekarang nak hilangkan segala bencana yang terjadi dekat badan aku ni . Kalau ubat kat klinik dr Husna ni tak berkesan juga aku kena jumpa pakar la . Demi nak cantik balik . Even aku tak kurus tak cantik macam model tapi aku amat menitikberatkan kecantikan dalaman dan luaran . Waaah ayat tak boleh blah . Aku tak da lah nak terlalu taksub nak bagi cantik semua tapi bila something macam nie terjadi risau la aku . So aku harap semua ini kan beransur baik dan pulih seperti biasa . Aku boleh lah gelak ketawa macam selalu . Pening dah aku fikir macam mana lagi aku nak buat biar tak ada bencana kat badan aku nie lagi . Harap dalam masa yang diberi oleh doktor semua nie akan hilang seperti angin yang bertiup . huhu ayat aku makin lama makin parah dah ni . 

Saturday 29 December 2012

Hadiah Pertama l entry bergambar (◕‿◕✿)


Hadiah pertama untuk mrMunchux . Rasa macam buang tabiat ja ye lah dah kenal hampir 4 tahun tapi ni kali pertama nak bagi hadiah secara surprise . Sebelum ini tanya aje terus pergi beli depan-depan dia . Tak tau la kalau dia suka ke tidak hadiah yang tak seberapa ni . Kadang-kadang tu nak juga buat surprise kat dia tapi tak pernah jadi . Tapi kali ni harap jadi sebab esok baru nak bagi hadiah ni . Masa birthday mrMunchux pon tak bagi apa-apa just wish ja lepas tu beli cupcake sanggup pergi makan dekat Taman Jubli konon-konon celebrate birthday dia la . hahaha 

Kak Azni kata aku dah belajar untuk tambah elemen surprise dalam perhubungan . But, seriously aku rasa macam ragu-ragu ja apa yang aku tengah buat ni . Mesti kena gelak besar punya dengan mrMunchux ni . Sebab sebelum ni aku tak pernah nak buat kejutan-kejutan semua ni . Apa yang dia cakap bila dia teringin something aku terus ajak dia . So tak da la aku nak buat tak tau tiba-tiba jumpa aku bagi benda yang dia teringin tu . Tapi dia memang penuh kejutan . Aku tak boleh jangka apa yang dia nak buat . Yang pastinya dia pernah bagi aku bunga sekali aje lah . Time konvo aku aje. Sebab dia kata dia nak bagi bunga tu time special aje . Kalau selalu bagi tak special la . Dia kata macam tu so aku diam aje lah . Dia taktau kalau dia bagi bunga kat aku hari-hari so aku pon rasa hari-hari semua special . hahaha

Malam tadi tengah tengok Maharaja Lawak Mega aku terus bangun ambil pembalut, gunting ngan salotep . Mama tengok ja . Adik-adik aku siap kata kat aku "Semangat kak nak balut hadiah bagi kat marka dia" . Aku buat taktau ja . Pastu aku cakap "Ni first time kak nak bagi hadiah kat marka tau dak . Rasa macam tak betul pon ada jugak . Kalau tengah dok berkawan pon 4 tahun baru nak bagi hadiah nanti lepas kawen taktau la nak bagi hadiah bila pulak" terus adik aku gelak aje . Mama geleng kepala ja . Nak kata aku nie tak romantik . Hoi-hoi romantik tak ingat kot . Tapi bab bagi hadiah nie memang aku tak gemar kot . So kira mrMunchux nie bertuah la dapat hadiah time bercinta . hahaha

Hope mrMunchux tak gelak time aku bagi hadiah ni . Aku balut hadiah tu dengan penuh kasih sayang kot . Siap dengan ucapan ikhlas lagi tau . Perasaan sampai la macam berdebar-debar aje sementara nak tunggu hari esok nak bagi kat dia depan-depan . Nak tengok reaksi dia . Rasa macam nak rakam ja tapi dan ka esok dengan nak pegang kamera lagi dengan nak bagi hadiah tu lagi . Kalau sempat aku letak gambar tu kat incik blog nie ye . Motif aku letak gambar aku ? Saja suka-suka . hahaha


Nie gambar dari miss Google . Aku harap aku dapat bunga macam nie lagi . So tak payah la tunggu aku nak konvo lagi sebab aku pon tak tau bila nak sambung belajar tu . Kalau boleh aku nak bunga lili putih + red rose + pink rose . Auww auwwww cantik tu ! Berangan aje lah aku ni . Ni macam aku nak minta balasan balik ja . Aku bagi hadiah pastu aku dapat bunga . Tapi aku nak tunggu time mrMunchux sendiri bagi kat aku bukan time aku merengek-rengek minta dia bagi bunga . Itu baru special moment

Thursday 27 December 2012

Kawan Baik l entry bergambar (◕‿◕✿)


 Kawan Baik a.k.a BestFriend . Aku ada kawan baik . Kawan sejak aku sekolah menengah lagi . Time sekolah rendah dulu ada la kawan baik tapi masuk sekolah menegah dia dah pindah sekolah so lost contact dengan dia . Tapi sejak masuk sekolah menengah aku berkawan baik dengan dua orang nie . Syera dan Hanim . Aku rasa aku nie menyibuk pula antara depa nie tapi biarlah . Aku suka kawan ngan depa dua nie . Tapi nak buat macamna . Depa dua nie saja yang faham aku . Yang tahu perangai aku nie macam mana . Yang selalu sangat tegur aku . Yang akan menegur bila aku terover sana sini . 

Inilah kawan baik aku . Kami kenal sejak sekolah rendah lagi . Tapi masa sekolah rendah tak berapa rapat sangat . Since dah masuk sekolah menegah dan satu kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 la kami rapat . Yang pakai tudung bawal tu Hanim dan yang pakai shawl tu Syera . Depa dua nie dah rapat sejak sekolah rendah lagi . Sampai la sekarang . Sampai sambung belajar pon tempat yang sama . Kira depa dua nie lagi la bestfriend forever . Seriously after abah aku pencen masa tingkatan tiga tu aku sedih kot nak berpisah dengan depa nie . Sedih sangat . Aku jumpa balik pon masa tu Syera dah last sem . Depa dua nie study dekat UITM Merbok je . Tapi nak buat macamna aku dapat study dekat Perlis . Walaupun aku stay dekat Sungai Petani tapi jarak memisahkan kami . Wak kemain lagi ayat aku nie .

Quotes nie aku suka . Yelah betul la makna dia tu . Macam kawan aku yang dua orang nie lah . Depa nie kalau ada ja aku buat tak kena depa akan tegur aku . Aku suka cara depa tegur aku . Sebab dengan cara tu aku tau yang aku nie ada buat silap . Aku nie kan peramah terlebih . Mesra alam la katakan . Kadang-kadang aku nie terover juga so bila depa dua ni ada depa akan tegur aku . Sebab tu aku sayang depa dua nie . Aku nak kawan dengan depa nie sampai bila-bila . Even semua stay jauh-jauh tapi kan boleh contact . Sekarang kan dah ada fb la twitter la whatssap la viber la so senang dah nak keep in touch each other . 






Hanim nie berbakat tau . Dia kalau melukis pergghh memang terbaik lah . Lagi satu dia suka lagu spider . Taktau la kalau-kalau dia nie minat dekat Tam Spider tu . Kalau bab seni nie memang la serah bulat-bulat dekat dia . Memang menjadi la . Tengok la henna art yang hanim buat dekat Syera nie . Superb kan . Seriously memang cantik . Aku suka sangat . Bila tengok tangan Syera nie dah rasa macam malam berinai pon ada . hehe (:

 
Syera suka menyanyi . Dulu masa dekat dalam kelas bila cikgu tak ada je mesti dia nyanyi lagu Siti NurHaliza . Memang mantop lah . Lagi satu dia suka menyegak . Memang cun lah . Dengan Syera aku senang nak discuss even soal hati dan perasaan . Dia memang memahami lah . Memang kawan yang terbaik lah . Dia faham apa yang aku nak sampaikan . Aku tak tau mana samanya kami dua nie . Kalau pergi mana-mana mesti orang ingat kami dua beradik . Helloo cuba tengok teliti baik-baik . Mungkin aku dengan Syera nie memang dah comey + cun + segak yang menyebabkan orang luar ingat kami ni sama . Waah sama ke ? statement sangat kan . hahahaha :p


Memang susah nak cari kawan yang dapat memahami kita sepenuhnya. Memang susah nak fahamkan orang lain dengan perangai kita . Tapi kalau kita faham perangai kawan kita tu macam mana so kawan kita pon akan memahami kita . So aku senang bila aku ada kawan macam Hanim dan Syera nie . Sumpah aku senang berkawan dengan depa dua . Aku nak sangat persahabatan kami nie sampai bila-bila . Yang paling penting aku nak kawan baik aku nie ada masa hari terpenting aku . Saat-saat gembira aku . So sila pastikan anda free kan masa anda masa hari akad nikah aku ye sayang sayang sekalian . :) Save the date . hehe




Lastly, aku sayang dekat kawan aku nie . Aku pergi mana-mana pon aku akan ada kawan baik . Tapi dua orang kawan baik aku paling lama . Masa aku pindah sekolah form 4 aku ada kawan baik juga . Sambung study dekat Perlis pon aku ada kawan baik juga . So untuk story kali ni aku hanya nak ceritakan about kawan aku yang paling lama dan paling baik dan paling indah dalam hidup aku . Mungkin persahabatan kita yang hampir atau lebih dari 10 tahun ini akan kekal selamanya . Aminn :)

Wednesday 26 December 2012

I'm Back l entry bergambar (◕‿◕✿)


Dah lama blog aku ni sepi tanpa sebarang cerita . Iye lah bila buka blog orang lain semua cantik-cantik tapi blog aku ta berapa nak sedap mata memandang. Tapi sekarang aku dah tukar background tau . Header pon aku tukar juga . Aku buat sendiri semua tu. Aku edit mana yang aku mampu la header tu. Aku nie bab-bab edit nie kurang ilmu pengetahuan sikit. Yang background tu pulak aku siap tengok tutorial dekat youtube lagi tau. Punya la sengal tak reti apa . Last-last ada juga blog lain yang membantu. Aku lupa nak copy link blog tu tapi sangatlah membantu aku . Tapi background nie aku ambil yang orang bagi free aje . Senang malas nak fikir dah.
Btw aku rindu nak menulis panjang-panjang kat sini . Banyak cerita aku nak story dekat blog aku ni. Mana nak tau mai satu hari nanti aku alzheimer ka boleh juga baca kat sini bagi ingat balik sikit-sikit. Nampak tak aku dah mula mengarut. Hahaha (:


Hampir 8bulan juga la aku mendiamkan diri dari dunia blog ni. Bukan merajuk ke apa cuma nak tenangkan diri aje. Wah kemain menenangkan diri tau. Sebenarnya tahun 2012 ni tahun yang sangat memenatkan bagi diri aku. Iyelah dalam setahun ni saja hampir 3kali aku tukar tempat kerja. Sekarang aku dah kerja dekat Jamilah Optometris . Hampir 6 bulan juga lah aku kerja. So setel bab kerja. Kalau nak cerita bab cinta bab perasaan rasanya tahun nie paling penat sekali. Aku hilang kawan baik aku kerana lelaki yang tiada adab. Rasa geram pulak bila dah buka cerita bab ni. Banyak sangat benda yang terjadi. Tension pula rasanya. Hahaha >.<

Kalau tak letak gambar aku dalam nie tak sah kan. hahaha (: Aku sekarang semakin membulatkan diri sendiri. Kerja tak de lah teruk sangat . Tak susah tapi aku kan pemalas so banyak kerja yang aku tangguhkan. Suasana kerja yang tak membebankan aku. Tapi aku nie kan suka menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Saje suka semakkan kepala otak nie dengan masalah. Pandai-pandai part time dengan orang lain last-last rasa menyesal tak sudah. Hahahaha padan muka kan :p

Inilah team Jamilah Optometris. Tempat kerja aku yang sekarang nie. Baru kerja tak sampai sebulan bos dah bawa pergi Pulau Redang Terengganu. Best kot kat situ . Nanti kalau aku rajin aku story ye. Gambar semua ada lagi tinggal nak refresh balik ja. hehe :) Bos aku yang pakai baju warna biru dukung baby tu. Yang berdiri sebelah kiri bos tu depa jaga dekat Kepala Batas Penang. So aku ngan keknis jaga dekat Sungai Petani lah. Masa nie ada Launching produk terbaru Essilor -Crizal Forte UV- yang nie pon kalau free aku story juga. Tempat dia cantik tau. Cantik sangat. Kami mai ni pon bukan nak dengar sangat pon saja mai syiok-syiok makan angin dekat Pulau Pinang. Hahahahaha pakat semua nak mengulaq mai berjalan-jalan ja. 

Untuk perhatian semua kenalan/sahabat/adik beradik/kawan fb ka twitter ka instagram ka, aku belum lagi bertunang. Cuma keluarga mrMunchux mai merisik sahaja. Nanti la aku story lain. Kalau aku story dalam nie juga mau cecah ke tanah la panjang karangan nie. So jangan salah faham. Kalau aku dah bertunang aku mesti post aku pakai baju cantik-catik / lawa-lawa / omey-omey kan. So jangan risau. Insha Allah satu hari nanti . Doakan aku yang baik-baik tau. 

Nanti aku sambung story lagi tau. Biar aku tenangkan jari jemari aku nie dulu dan refresh balik cerita-cerita 2012 aku nie dulu. Yelah dah lama tak menarikan jari jemari aku nie dekat blog kan. Asyik dekat fb/twitter aje kan. Lagi pula aku nak sumbat cerita yang dah 2 3 bulan lepas memang nak kena ingat balik lah. Rasanya ada yang dah terlupa sikit-sikit tu. Oke lah tu wahai incik blog ( tau pulak aku jantina blog nie . hahahaha) nanti aku story banyak-banyak lagi oke.