Monday 31 December 2012

Bencana Kuman l entry bergambar (◕‿◕✿)

30 Disember 2012 . mrMunchux datang rumah ambil aku pun dah pukul 5 petang . Dia datang dekat pukul 4 tapi tak bagitahu dah nak sampai last-last kena tunggu la aku nak bersiap . haha . So lepas aku dah siap semua terus gerak ke Klinik Dr Husna . Kulit aku ni tak tau la naik apa kebenda ntah . Sakit je hati aku nie tengok . Dah buruk ! Oke fine . Lepas kena berleter dengan mama dan adeq aku yang turut serta sama lecture aku so aku pon dengan berat hati pergi jumpa doktor . Bukan aku tak nak jumpa doktor tapi aku malu nak tunjuk apa bencana yang ada dekat badan aku nie hah . Malu siot . Dengan mak aku pon aku malu nak tunjuk . 

Sampai ja dekat Taman Ria, nak cari parking hujan turun dengan selebat-lebatnya . So berlari-lari anak lah aku dengan mrMunchux . Masuk je kat dalam klinik tu tengok kat receiption ada tanda TUTUP . Musykil aku . Orang ada la dalam 2 3 orang tapi kenapa tutup . So aku keluar balik pergi kat pintu sebelah . Aku tanya la kat kakak misi pakai baju warna pink tu . Tutup ke klinik sebelah nie , kakak tu cakap tak tutup lagi . Cuba pi tanya dekat kaunter tu . So aku try nasib lagi . Aku masuk balik terus pergi kat kaunter . Aku tanya dekat kakak kaunter tu klinik dah tutup ke . Baru dia perasan yang dia tak tukar lagi penanda tutup tu kepada OPEN . haha .

Sementara tunggu nak jumpa doktor, aku pon dok update status dekat twitter . Pastu mrMunchux minta handphone nak main game . Dalam 10 minit jugak dekat ruang menunggu tu nama aku kena panggil . Berdebar aih nak jumpa doktor . So masuk je jumpa doktor aku terus bagi penerangan padat apa yang berlaku dekat aku . Doktor suruh aku baring dekat atas katil pastu doktor tu siap tarik langsir tu sebab dia nak suruh aku tunjuk apa yang jadi kat kulit aku . Aku segan gila nasib doktor perempuan . So aku selak la tempat-tempat yang kena bencana tu . Aku tengok doktor tu diam aje . Pastu aku ikut doktor tu duduk dekat meja dia n then baru dia terang kat aku apa yang jadi kat aku .

Kulit aku nie sensitif . So aku kena jangkitan kuman . Jangkitan fungus pon ada . Haisshh aku terus buat muka pelik . Aku tanya la dekat doktor macam mana boleh jadi . Doktor tu kata banyak sebab . Mungkin sebab kulit yang lembap . Pastu dekat toilet awam kan banyak kuman boleh jadi dekat situ juga . Sekarang ni kan banyak tandas duduk dah jarang la jumpa tandas cangkung-cangkung tu kan so lagi senang la nak kena jangkitan kuman . Tambahan aku nie pulak kulit sensitif . Pastu benda nie boleh menjalar satu badan . Oh my God badan aku dah tak gebus . So doktor tu pon terangkan ubat-ubatan yang aku dapat . 

So inilah ubat yang harus aku telan sepanjang 2 minggu sebelum next appointment . Yang botol merah tu sabun ubat . Tapi sabun tu wangi tau . Just guna 2 kali SEMINGGU . haha . Ubat biru tu pil dos tinggi . Ada 10 so aku kena habiskan pil tu dalam masa 10 hari . Wajib habiskan . Pastu sambung makan ubat yang warna hijau pula . Yang itu dos rendah sikit . Pastu krim Econazine . Krim ni memang sentiasa ada dekat rumah aku tapi tak sangka doktor nak bagi lagi krim nie . So jumlah yang harus aku bayar RM82.00 . Not bad lah harga dia kan . Lepas tu aku singgah kat Farmasi Nazifa kira sederet dengan klinik dr Husna ni jugak lah . Aku beli krim Econazine tu untuk spare kalau dah habis nanti kan . Yelah doktor bagi krim tu kecik sangat . Pastu aku beli Vitamin C 21st Century punya . Aku cari yang 1000mg dah habis so aku beli  ajelah yang 500mg . Kena la makan 2 biji sehari . Cuma tunggu Jus Kolagen dari sis Fyna ja . Semua nie aku buat nak kembalikan kulit aku macam dulu . Aduh sengsara beb kulit dah kena bencana macam nie.

 So aku bertambah runsing bila doktor cakap parut muda yang terjadi tu akan hilang dalam masa 2 hingga ke 3 bulan . Oh my God !! Takut la beb bila mama dah bising cakap "Nanti bila laki hang tengok kulit hang jadi macam ni dia takmau kat hang baru hang tau . Berbuih mulut aih cakap dengan hang ni suruh pi jumpa doktor takmau". Oh my mama tolonglah jangan cakap macam tu . Sumpah takmau . So misi sekarang nak hilangkan segala bencana yang terjadi dekat badan aku ni . Kalau ubat kat klinik dr Husna ni tak berkesan juga aku kena jumpa pakar la . Demi nak cantik balik . Even aku tak kurus tak cantik macam model tapi aku amat menitikberatkan kecantikan dalaman dan luaran . Waaah ayat tak boleh blah . Aku tak da lah nak terlalu taksub nak bagi cantik semua tapi bila something macam nie terjadi risau la aku . So aku harap semua ini kan beransur baik dan pulih seperti biasa . Aku boleh lah gelak ketawa macam selalu . Pening dah aku fikir macam mana lagi aku nak buat biar tak ada bencana kat badan aku nie lagi . Harap dalam masa yang diberi oleh doktor semua nie akan hilang seperti angin yang bertiup . huhu ayat aku makin lama makin parah dah ni . 

2 comments:

  1. done flw..flw me bck k :)
    http://mimque.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sabun tu rm20 sebuku kalau ambik 12 ketul... try la produk shaklee.. vitamin c tu pun bagus utk parut kulit... Http://athiyyah-hannani.blogspot.com

    ReplyDelete