Kawan Baik a.k.a BestFriend . Aku ada kawan baik . Kawan sejak aku sekolah menengah lagi . Time sekolah rendah dulu ada la kawan baik tapi masuk sekolah menegah dia dah pindah sekolah so lost contact dengan dia . Tapi sejak masuk sekolah menengah aku berkawan baik dengan dua orang nie . Syera dan Hanim . Aku rasa aku nie menyibuk pula antara depa nie tapi biarlah . Aku suka kawan ngan depa dua nie . Tapi nak buat macamna . Depa dua nie saja yang faham aku . Yang tahu perangai aku nie macam mana . Yang selalu sangat tegur aku . Yang akan menegur bila aku terover sana sini .
Inilah kawan baik aku . Kami kenal sejak sekolah rendah lagi . Tapi masa sekolah rendah tak berapa rapat sangat . Since dah masuk sekolah menegah dan satu kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 la kami rapat . Yang pakai tudung bawal tu Hanim dan yang pakai shawl tu Syera . Depa dua nie dah rapat sejak sekolah rendah lagi . Sampai la sekarang . Sampai sambung belajar pon tempat yang sama . Kira depa dua nie lagi la bestfriend forever . Seriously after abah aku pencen masa tingkatan tiga tu aku sedih kot nak berpisah dengan depa nie . Sedih sangat . Aku jumpa balik pon masa tu Syera dah last sem . Depa dua nie study dekat UITM Merbok je . Tapi nak buat macamna aku dapat study dekat Perlis . Walaupun aku stay dekat Sungai Petani tapi jarak memisahkan kami . Wak kemain lagi ayat aku nie .
Quotes nie aku suka . Yelah betul la makna dia tu . Macam kawan aku yang dua orang nie lah . Depa nie kalau ada ja aku buat tak kena depa akan tegur aku . Aku suka cara depa tegur aku . Sebab dengan cara tu aku tau yang aku nie ada buat silap . Aku nie kan peramah terlebih . Mesra alam la katakan . Kadang-kadang aku nie terover juga so bila depa dua ni ada depa akan tegur aku . Sebab tu aku sayang depa dua nie . Aku nak kawan dengan depa nie sampai bila-bila . Even semua stay jauh-jauh tapi kan boleh contact . Sekarang kan dah ada fb la twitter la whatssap la viber la so senang dah nak keep in touch each other .
Hanim nie berbakat tau . Dia kalau melukis pergghh memang terbaik lah . Lagi satu dia suka lagu spider . Taktau la kalau-kalau dia nie minat dekat Tam Spider tu . Kalau bab seni nie memang la serah bulat-bulat dekat dia . Memang menjadi la . Tengok la henna art yang hanim buat dekat Syera nie . Superb kan . Seriously memang cantik . Aku suka sangat . Bila tengok tangan Syera nie dah rasa macam malam berinai pon ada . hehe (:
Memang susah nak cari kawan yang dapat memahami kita sepenuhnya. Memang susah nak fahamkan orang lain dengan perangai kita . Tapi kalau kita faham perangai kawan kita tu macam mana so kawan kita pon akan memahami kita . So aku senang bila aku ada kawan macam Hanim dan Syera nie . Sumpah aku senang berkawan dengan depa dua . Aku nak sangat persahabatan kami nie sampai bila-bila . Yang paling penting aku nak kawan baik aku nie ada masa hari terpenting aku . Saat-saat gembira aku . So sila pastikan anda free kan masa anda masa hari akad nikah aku ye sayang sayang sekalian . :) Save the date . hehe
Lastly, aku sayang dekat kawan aku nie . Aku pergi mana-mana pon aku akan ada kawan baik . Tapi dua orang kawan baik aku paling lama . Masa aku pindah sekolah form 4 aku ada kawan baik juga . Sambung study dekat Perlis pon aku ada kawan baik juga . So untuk story kali ni aku hanya nak ceritakan about kawan aku yang paling lama dan paling baik dan paling indah dalam hidup aku . Mungkin persahabatan kita yang hampir atau lebih dari 10 tahun ini akan kekal selamanya . Aminn :)
No comments:
Post a Comment