Wednesday 26 December 2012

I'm Back l entry bergambar (◕‿◕✿)


Dah lama blog aku ni sepi tanpa sebarang cerita . Iye lah bila buka blog orang lain semua cantik-cantik tapi blog aku ta berapa nak sedap mata memandang. Tapi sekarang aku dah tukar background tau . Header pon aku tukar juga . Aku buat sendiri semua tu. Aku edit mana yang aku mampu la header tu. Aku nie bab-bab edit nie kurang ilmu pengetahuan sikit. Yang background tu pulak aku siap tengok tutorial dekat youtube lagi tau. Punya la sengal tak reti apa . Last-last ada juga blog lain yang membantu. Aku lupa nak copy link blog tu tapi sangatlah membantu aku . Tapi background nie aku ambil yang orang bagi free aje . Senang malas nak fikir dah.
Btw aku rindu nak menulis panjang-panjang kat sini . Banyak cerita aku nak story dekat blog aku ni. Mana nak tau mai satu hari nanti aku alzheimer ka boleh juga baca kat sini bagi ingat balik sikit-sikit. Nampak tak aku dah mula mengarut. Hahaha (:


Hampir 8bulan juga la aku mendiamkan diri dari dunia blog ni. Bukan merajuk ke apa cuma nak tenangkan diri aje. Wah kemain menenangkan diri tau. Sebenarnya tahun 2012 ni tahun yang sangat memenatkan bagi diri aku. Iyelah dalam setahun ni saja hampir 3kali aku tukar tempat kerja. Sekarang aku dah kerja dekat Jamilah Optometris . Hampir 6 bulan juga lah aku kerja. So setel bab kerja. Kalau nak cerita bab cinta bab perasaan rasanya tahun nie paling penat sekali. Aku hilang kawan baik aku kerana lelaki yang tiada adab. Rasa geram pulak bila dah buka cerita bab ni. Banyak sangat benda yang terjadi. Tension pula rasanya. Hahaha >.<

Kalau tak letak gambar aku dalam nie tak sah kan. hahaha (: Aku sekarang semakin membulatkan diri sendiri. Kerja tak de lah teruk sangat . Tak susah tapi aku kan pemalas so banyak kerja yang aku tangguhkan. Suasana kerja yang tak membebankan aku. Tapi aku nie kan suka menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Saje suka semakkan kepala otak nie dengan masalah. Pandai-pandai part time dengan orang lain last-last rasa menyesal tak sudah. Hahahaha padan muka kan :p

Inilah team Jamilah Optometris. Tempat kerja aku yang sekarang nie. Baru kerja tak sampai sebulan bos dah bawa pergi Pulau Redang Terengganu. Best kot kat situ . Nanti kalau aku rajin aku story ye. Gambar semua ada lagi tinggal nak refresh balik ja. hehe :) Bos aku yang pakai baju warna biru dukung baby tu. Yang berdiri sebelah kiri bos tu depa jaga dekat Kepala Batas Penang. So aku ngan keknis jaga dekat Sungai Petani lah. Masa nie ada Launching produk terbaru Essilor -Crizal Forte UV- yang nie pon kalau free aku story juga. Tempat dia cantik tau. Cantik sangat. Kami mai ni pon bukan nak dengar sangat pon saja mai syiok-syiok makan angin dekat Pulau Pinang. Hahahahaha pakat semua nak mengulaq mai berjalan-jalan ja. 

Untuk perhatian semua kenalan/sahabat/adik beradik/kawan fb ka twitter ka instagram ka, aku belum lagi bertunang. Cuma keluarga mrMunchux mai merisik sahaja. Nanti la aku story lain. Kalau aku story dalam nie juga mau cecah ke tanah la panjang karangan nie. So jangan salah faham. Kalau aku dah bertunang aku mesti post aku pakai baju cantik-catik / lawa-lawa / omey-omey kan. So jangan risau. Insha Allah satu hari nanti . Doakan aku yang baik-baik tau. 

Nanti aku sambung story lagi tau. Biar aku tenangkan jari jemari aku nie dulu dan refresh balik cerita-cerita 2012 aku nie dulu. Yelah dah lama tak menarikan jari jemari aku nie dekat blog kan. Asyik dekat fb/twitter aje kan. Lagi pula aku nak sumbat cerita yang dah 2 3 bulan lepas memang nak kena ingat balik lah. Rasanya ada yang dah terlupa sikit-sikit tu. Oke lah tu wahai incik blog ( tau pulak aku jantina blog nie . hahahaha) nanti aku story banyak-banyak lagi oke. 

No comments:

Post a Comment