Saturday, 29 December 2012

Hadiah Pertama l entry bergambar (◕‿◕✿)


Hadiah pertama untuk mrMunchux . Rasa macam buang tabiat ja ye lah dah kenal hampir 4 tahun tapi ni kali pertama nak bagi hadiah secara surprise . Sebelum ini tanya aje terus pergi beli depan-depan dia . Tak tau la kalau dia suka ke tidak hadiah yang tak seberapa ni . Kadang-kadang tu nak juga buat surprise kat dia tapi tak pernah jadi . Tapi kali ni harap jadi sebab esok baru nak bagi hadiah ni . Masa birthday mrMunchux pon tak bagi apa-apa just wish ja lepas tu beli cupcake sanggup pergi makan dekat Taman Jubli konon-konon celebrate birthday dia la . hahaha 

Kak Azni kata aku dah belajar untuk tambah elemen surprise dalam perhubungan . But, seriously aku rasa macam ragu-ragu ja apa yang aku tengah buat ni . Mesti kena gelak besar punya dengan mrMunchux ni . Sebab sebelum ni aku tak pernah nak buat kejutan-kejutan semua ni . Apa yang dia cakap bila dia teringin something aku terus ajak dia . So tak da la aku nak buat tak tau tiba-tiba jumpa aku bagi benda yang dia teringin tu . Tapi dia memang penuh kejutan . Aku tak boleh jangka apa yang dia nak buat . Yang pastinya dia pernah bagi aku bunga sekali aje lah . Time konvo aku aje. Sebab dia kata dia nak bagi bunga tu time special aje . Kalau selalu bagi tak special la . Dia kata macam tu so aku diam aje lah . Dia taktau kalau dia bagi bunga kat aku hari-hari so aku pon rasa hari-hari semua special . hahaha

Malam tadi tengah tengok Maharaja Lawak Mega aku terus bangun ambil pembalut, gunting ngan salotep . Mama tengok ja . Adik-adik aku siap kata kat aku "Semangat kak nak balut hadiah bagi kat marka dia" . Aku buat taktau ja . Pastu aku cakap "Ni first time kak nak bagi hadiah kat marka tau dak . Rasa macam tak betul pon ada jugak . Kalau tengah dok berkawan pon 4 tahun baru nak bagi hadiah nanti lepas kawen taktau la nak bagi hadiah bila pulak" terus adik aku gelak aje . Mama geleng kepala ja . Nak kata aku nie tak romantik . Hoi-hoi romantik tak ingat kot . Tapi bab bagi hadiah nie memang aku tak gemar kot . So kira mrMunchux nie bertuah la dapat hadiah time bercinta . hahaha

Hope mrMunchux tak gelak time aku bagi hadiah ni . Aku balut hadiah tu dengan penuh kasih sayang kot . Siap dengan ucapan ikhlas lagi tau . Perasaan sampai la macam berdebar-debar aje sementara nak tunggu hari esok nak bagi kat dia depan-depan . Nak tengok reaksi dia . Rasa macam nak rakam ja tapi dan ka esok dengan nak pegang kamera lagi dengan nak bagi hadiah tu lagi . Kalau sempat aku letak gambar tu kat incik blog nie ye . Motif aku letak gambar aku ? Saja suka-suka . hahaha


Nie gambar dari miss Google . Aku harap aku dapat bunga macam nie lagi . So tak payah la tunggu aku nak konvo lagi sebab aku pon tak tau bila nak sambung belajar tu . Kalau boleh aku nak bunga lili putih + red rose + pink rose . Auww auwwww cantik tu ! Berangan aje lah aku ni . Ni macam aku nak minta balasan balik ja . Aku bagi hadiah pastu aku dapat bunga . Tapi aku nak tunggu time mrMunchux sendiri bagi kat aku bukan time aku merengek-rengek minta dia bagi bunga . Itu baru special moment

No comments:

Post a Comment