Thursday, 9 May 2013

Silent Mode l entry bergambar (◕‿◕✿)



Ada tak pernah berjumpa dengan orang yang ada perangai "Silent Mode " ni ? Aku tak pernah jumpa so aku rasa pelik lah bila aku berhadapan dengan manusia yang macam ni . Aku kan banyak cakap . Cakap tak berhenti lansung . Tapi yang aku peliknya dia hanya mampu cakap " k " , " erm " , " ya " dan beberapa perkataan pendek lagi . So mampu ?? Mampu tak berhadapan dengan manusia yang bercakap tak sampai 5 huruf ? Im feel weird oke . Sangat-sangat pelik .

Aku rasa mulut dia macam ada gam . Macam tak boleh buka sebab kena ulser . Atau dia rasa pelik jumpa orang yang bercakap banyak tak henti-henti . Oke aku jadi pelik . Cakap sepatah-sepatah lastly aku pon yang sangat-sangat hyperaktif bercakap ni pon join the group zip mulut . Sangat rasa tidak selesa . Sampai hari ni aku tak boleh tafsirkan orang yang seperti manakah itu . Sumpah aku rasa macam mimpi dalam masa 5 minit .

Hari ni bila aku cerita kat Kazni apa yang berlaku semalam serius Kazni gelak ja kat aku . Sampai hari ini aku rasa terbayang bayang orang yang jenis " Silent Mode " ni . Mungkin sebab dia terlalu penat bekerja sangat atau dia memang tak ramai kawan yang menyebabkan dia menjadi seorang yang pendiam . Atau mungkin juga dulu dia sering dimarahi oleh cikgu mahupun parents , tu yang menyebabkan dia kurang bercakap . Aku memang pelik sangat-sangat kalau jumpa orang yang jenis pendiam ni . Aku tak boleh geng lansung . Sebab aku jadi tak ada topik nak cakap apa dengan orang yang dalam kumpulan ni . Aku rasa macam aku ni bercakap sorang-sorang . Ataupun orang yang pendiam nie dah tanamkan dalam diri ni kena diam ja bila orang bercakap . Macam picca kat atas . haha :p

So aku dah sedar yang aku ni memang lemah berhadapan dengan orang yang dalam kategori " Silent Mode" ini . Aku rasa macam orang dalam kumpulan ni tak selesa dengan aku aja . Aku bercakap sorang-sorang ja dan aku rasa bercakap dengan benda yang tak bernyawa . Takde respons . Aku ni kalau bercakap nak kan respons baru rasa seronok nak bercerita lagi . So kalau lepas nie kalau aku berkelakuan pelik bila ada dalam golongan seperti ini janganlah terkejut . Sebab penyakit depa ni dah terjangkit sama dekat aku . 

Tapi ada baiknya juga berkawan dengan group ni . Yang baiknya aku pon akan turut diam sama . Jadi mulut aku boleh berhenti rehat kejap . haha . Nak tahu tak waktu aku diam bila . Mama aku kata waktu aku diam adalah waktu aku tidur dan rumah aku akan sunyi sepi . hahaha . Nampak sangat mama aku pon pening dengan perangai aku yang banyak cakap . Cakap ja tak henti-henti . Tapi kalau nak tau orang yang banyak cakap ni kalau tiba tiba dia tak da baru ampa rindu kot . Rindu dengan keriuhan orang yang mulut bising ni . Oke lah aku nak cerita pasal " Silent Mode " dah masuk bab orang banyak cakap pulak . haha 

2 comments:

  1. Replies
    1. Ya Allah punya lama baru perasan komen kak zoey . Aah kak orang gini memang cheq tak layan pon . haha :p

      Delete