Tuesday, 22 October 2013

Dunia Baru #JaDyien

Dunia baru aku kini. Dia yang bergelar SUAMI yang kini 24/7 sentiasa di sisiku. Perasaan yang sukar aku ungkapkan. Hampir 3 bulan menjadi isteri. Serba serbi jadi indah. haha

Boleh bayang tak ampa ada teman gaduh, teman makan, teman tidur, teman shopping, teman tengok tv, eh segalanya bertemanlah. Bergaduh pun tak lama. Sekejap ja sebab bila dua2 diam kan sunyi. Kalau orang tu tak cuit dulu mesti aku cuit dulu kan . Gitulah kehidupan rumahtangga. 

Aku bukanlah surirumah sepenuh masa. Aku bekerja office hour. So masak memasak yang special2 gitu aku masak masa hujung minggu la. Dia pulak kerja tak tentu masa. Keluar sama-sama ngan aku balik kerja pulak tengah malam. So kalau hari bekerja sangatlah terhad masa kami. Itupun hujung minggu dia bekerja juga. Kalau aku rasa teramat boring sangat-sangat baru lah aku merap nak kesana sini walaupun masa tu dah pukul 1 pagi . Ala bukan p mana pun ronda kat pekan Sungai Petani ja lepastu balik la. Belum sampai rumah aku dah terlelap dulu . 

Serius kehidupan yang baru ini mencabar. Ini dari pengalaman aku yang baru nak cecah 3 bulan. Bukan nak menakutkan bakal raja sehari tapi bila ampa dah kawen, ampa akan kuat fizikal dan mental. Tak semua yang kita jangka itu indah. Tapi kan perasaan bahagia yang masih menyelebungi pengantin baru ni sentiasa positif ja sepangjang masa . 

Aku harap perkahwinan aku dan si dia ini bahagia selamanya. Doakan aku dapat baby yang comel2 serta soleh dan solehah tau. Dan yang pastinya aku mengharapkan kebahagian kami akan berpanjangan selamanya. SELAMA-LAMANYA tau . 

* okey lah . aku taip ni laju-laju sebab aku kat ofis lagi nie . Kalau dapat tangkap mau naya ja aku kat sini .

2 comments:

  1. Seronok tak kawin? Mesti seronok kan? Teringinnyer nak kawin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear Harisa. Alhamdulillah seronok berumahtangga nie. Seronok bila kita dapat berdamping dengan pasangan yang kita cinta. Cepat-cepat la kawen dear . (:

      Delete