Monday 6 May 2013

Jalan jalan di hari mengundi l entry bergambar (◕‿◕✿)

Semalam merupakan hari mengundi bagi semua rakyat di Malaysia yang berdaftar . 5 May 2013 untuk PRU13 . Aku tak daftarkan diri so aku tak bolehlah nak mengundi walaupun umur aku 22 tahun kan . Disebabkan hari mengundi jatuh hari Ahad maka dengan rasminya aku cuti juga . Hari Isnin wajib bekerja oke . Aku dah janji dengan adik aku nak bawa p tengok wayang cerita Ironman 3 . Aku ajak Incik Tunang join tengok wayang sekali tapi haruslah dia pergi mengundi dulu . Umur dia yang dah nak masuk 26 tahun haruslah kena mengundi oke . 

Incik Tunang dah bagitau siap cepat-cepat pukul 11 lebih tu . Tapi aku nie kan suka ralit suka berangan dulu pastu buat kerja lain dulu . Lastly dah pukul 1 lebih baru kelam kabut nak siap . Nasiblah Incik Tunang tak beletiaq . Kalau tak confirm aku tak mau keluar semalam . So dengan sepantas kilatnya aku bersiap ala kadar . Alah bukan nak pergi jauh pun . Tengok wayang dekat Amanjaya Mall ja . Aku suruh adik aku bawa teman . Ye lah kakak dia nak keluar dating kan so takkan adik aku nak tengok aja . So suruh lah dia ajak cousin aku , anak makngah aku . hehe 

Dah pukul 2.15 lebih kurang baru gerak ke Amanjaya Mall . haha lewat kan . Aku nie kalau bersiap ala kadar pon memang makan masa pon . Dalam 10 minit dah sampai Amanjaya Mall . Tak ada lah jaoh dari rumah aku pon . Sekejap ja sampai . Dah settle parking kat parking atas tingkat 2 , terus gerak ke panggung wayang . Kalau parking kat atas dekat lah nak ke panggung . So beli tiket Ironman 3 tayangan pukul 3 pm . Oke aje kebetulan cousin aku tak sampai lagi . Ada lagi setengah jam so pusing-pusing dulu . Pastu aku ngan adik aku siap buat gelang yang boleh letak aksesori tu . 

Gelang ni lah yang aku beli semalam . Aku belikan untuk adik aku jugak . Boleh pilih warna yang kita suka . Lagi satu boleh pilih aksesori yang kita suka . So aku mestilah pilih warna yang terang gemilang dan berwarna warni kan . haha . Yang aksesori tu aku pilih yang bentuk topeng tu dengan bentuk bulat tu * ada tulis Aquarius . Mestilah aku kan zodiak aquarius .* Yang lagi 2 aksesori comel tu Incik Tunang yang pilihkan . Sweet jugak lah pakcik nie . Romantik juga tapi jarang-jarang sekali dia tunjuk sikap romantik tu . Susah la , kalau aku dok harap dia nie romantik bawa p makan candle light dinner ke apa ke tak payah lah rasa buang masa aja . Pakcik ni romantik waktu yang tak dijangka . hehe . Aksesori tu cina tu panggil 'champ' tak salah aku lah . Gelang nie baru RM15 . Adik aku ambil yang RM10 punya . Dapat la 2 champ tu tapi kalau nak tambah lagi champ just tambah RM1 untuk setiap satu champ . 

So dah siap semua buat gelang nie pastu cousin aku pon dah sampai kami berempat pon bergegas lah nak masuk panggung . Dah lebih 10 minit sebenarnya tapi baru lah terhegeh-hegeh nak beli popcorn segala . Naseb masa masuk tu citer baru dok iklan lagi . hehe so tak terlepas lah walaupun 1 scene . Aku nie kalau tengok cerita genre aksi-aksi nie kurang minat sikit . Tapi Incik Tunang sangat suka . Almaklumlah lelaki kan , bab-bab robot nie haruslah minat . So aku layankan lah cerita nie . Best jugak . Aku bagi 4 setengah bintang sebab lagi setengah bintang tu habuan aku tak berapa faham . hahaha Ye lah terus tengok Ironman 3 . Ironman 1 dengan 2 cerita macam mana pon aku tak tau . Best sebab hero dia nampak gagah dan kacak . Aku nie kalau tengok cerita aksi tengok tang kekacakan hero dulu baru lah aku ada modal nak bandingkan dengan Incik Tunang . Modal nak mengenakan dia . haha 

Makcik ni dengan tudung senget benget , pakai mata pelesu warna biru excited nak tengok wayang with MrMunchux dia . Dah lama owh tak tengok wayang dengan kekasih hati . Sampaikan Incik Tunang dah tak percaya kalau aku ajak p tengok wayang . Mesti dia mengelak punya . Incik Tunang merajok lama tau , dekat setahun tak mau tengok wayang ngan aku gara-gara aku lah . haha siapa lagi kan . Dah rancang elok-elok kata nak p tengok wayang last-last dah sampai dekat depan kaunter tiket tu aku kata tak nak pulak . Berangin la pakcik tu . hehe . Kadang-kadang aku nie sengaja tau nak menguji kesabaran pakcik nie . Last padan muka kau pakcik ni takmau tengok wayang . Nak tengok citer Ironman 3 nie pon puas pujuk . 


Hey ! Awak thanks teman si comot nie tengok wayang tau . Maaf lah buat awak tunggu lama sampai tertidur kejap dekat ruang tamu . hehe tak sengaja . Siapa suruh nak datang ambil tak mesej dulu kan dah kena tunggu . *salahkan orang pulak* btw thanks dear . Dah la tidur lambat bangun awal nak pergi mengundi pastu teman si comot ni nak tengok wayang pulak . Balik nak terus kerja . Maaf dear naty si comot nie belanja air chatime oke . hehe * itu sebab budak comot nie sayang pakcik nie sebab pakcik nie sehabis daya jaga hati budak comot nie . Budak comot nie kawan lah dengan mana-mana lelaki pon tapi budak comot tak jumpa lagi yang serupa macam pakcik nie . Sanggup layan karenah budak comot yang mengada nie . Sayang pakcik sangat-sangat !*

Ada beberapa picca yang aku nak letak dalam nie juga . Sebab aku dah tak tau nak tulis apa lagi . Haish rajin pulak aku nak menulis nie . Mai mood nak mengarang rasa hari-hari nak update entry baru tapi bila mai mood malas berbulan-bulan blog aku nie kosong . Tak apalah bukan nak bagi sapa baca pon cuma tulis untuk aku baca satu hari nanti . So now aku nak biar gambar bercerita pulak . hehe :)












No comments:

Post a Comment