Friday 3 May 2013

Bertunang l entry bergambar (◕‿◕✿)


Motif sangat kan aku letak gambar nie . Gambar yang penuh makna . Hari aku bergelar tunangan orang . Tunangan kepada Muhammad Amzar . Yang sarungkan cincin nie "Tok Don" . Tok kepada mrMunchux aku . Berdebar saat ini . Debaran yang hanya dapat dirasai oleh aku seorang barang kali . Debaran yang sama juga kepada gadis di luar sana . 


Thanks kesayangan aku 2 orang nie . Sanggup datang beratus batu dari Perak . Aku ingat sampai akhir hayat . Sahabat sampai mati 2 orang nie . Thanks syera . Thanks hanim . Kalau ampa 2 tak mai tak berpelamin lah aku . haha . Aku janji tak kira keadaan aku macam mana sekalipun , hari bahagia ampa 2 wajib aku datang tau . Love both of you . Muahx3 .




Hantaran aku nie gebu sangat aih . Nie angkara camera 360 oke . Nak jugak lah hantaran aku nie gebus gebasss macam aku kan . Seingat aku la nak bagi 9 bekas berbalas 7 lah dari pihak mrMunchux. Malas lah nak banyak-banyak bekas sangat . Cukup lah kan banyak tu . Thanks a lot to mama , maknjang dan tak lupa Jieha . Pandai jugak cucuk-cucuk bunga untuk sirih junjung tu . Lepas tu maklong aku datang tambah lagi 2 bekas . Adek aku si Wanie tu sponsor kek katanya . Lastly jadi lah 13 bekas . Banyak tak hingat kan aku bagi kat depa . 

10 February 2013
Tarikh ini aku menjadi tunangan kepada Muhammad Amzar . Lelaki yang aku kenali hampir 4 tahun . Lelaki inilah yang sering menghadap perangai aku yang kadang-kadang menyakitkan hati tu . Lelaki ini juga di awal perkenalan aku sangat-sangat tak suka . Ya lelaki ini jugalah yang sering mendengar aku merungut , aku marah , aku sedih , aku gembira . Lelaki ini yang sering berada di sisi saat aku susah saat aku senang . Saat aku merasa bahagia dan derita . Aku tidak pernah terfikir yang akan hidup bersama lelaki ini . Lelaki ini mengajar aku erti setia . Setia aku selama 4 tahun di sisinya walaupun hati lelaki ini sering ragu-ragu terhadap aku . Terima kasih Muhammad Amzar kerana ingin sehidup semati dengan insan comel ini . Insan yang sering menyakitkan hati , yang sering membuat hati tak senang duduk dan insan yang masih berperangai kebudak-budakan ini .

InsyaAllah kisah cinta kami akan termeterai Syawal ini . Doakan kebahagian kami . Di sini , aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa aku , adik beradik aku yang ohsem tu , family mama family abah , jiran tetangga , rakan-rakan yang hadir pada hari pertunangan aku . Dengan kehadiran kalian majlis pertunangan yang serba serdahana ini menjadi lebih meriah . Terima kasih kerana hadir dan turut merasai kebahagian yang baru aku kecapi ini . InsyaAllah jika tiada aral akan aku kongsikan hari bahagia aku ini bersama kalian semua tidak lama lagi .

Di sini aku ingin kongsikan bersama semua gambar ketika majils berlansung . Tak dapat aku luahkan melalui kata-kata ataupun dengan menaip ni . Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan tetapi biarlah gambar yang berbicara bagi pihak aku . Setelah hampir 3 bulan menjadi tunangan orang baru aku menaip kisah ini . Rasa semua ini hanyalah mimpi dan akan terus menjadi mimpi indah . 











No comments:

Post a Comment