Wednesday, 4 April 2012

Tanjung Dawai l entry bergambar (◕‿◕✿)


Akhirnya kisah Tg.Dawai keluar juga. Bukan apa dyien bz la sesangat 2 3 menjak ne. haha ngalah PM kan. hehe 
Dyien dah janji so kena la tepati.
Tak pernah rancang pon nak datang sini. Ingatkan nak pergi kerja. Yelah kan bersemangat aje mama suruh dyien siap pergi keja. Pastu Mr.munchux pulak datang dengan tetibanya. 
Hari itu hari Rabu maka dengan rasminya Dyien cuti la!
Adoiiii. sakit terus hati.

Dah bersiap bagai ta cukup tanah aje kan. Yelah mama dah bising Mr.munchux asyik datang menunggu aje kan. So dengan muka bebai la  bersiap ala kadar. Mula2 taktau nak p mana. Tapi lepas decide secara tetiba di dalam kereta *mesyuarat tergempar terus diadakan okeh utk menentukan destinasi* so kata putus yang diambil iaitu ke TANJUNG DAWAI. *hoyeaaayyy. ta sabar ne*


Lagi membuatkan dyien sakit hati ialah sepanjang perjalanan ke Tg.Dawai hujan lebat. sangat2 lebat. okeh dyien sedih. Naseb naek kereta pak mertua *tenkiu bapak mertua kuh* 

naseb baek la dalam kereta bapak mertuakuh ada 2 payung! so berlari-lari anak lah dyien bersama Mr.munchux masuk ke dalam Arked Tg.Dawai *lihat pic di atas*


okeh benda nie sedap. sumpah tak tipu. Macam keropok ikan la cucuk2 kat lidi. so ampa kena la makan dengan penuh berhati-hati *pesanan penaja*. Tak de lah mahal sangat kan 3bungkus sate ikan ne baru 5hengget! murah kan?
mini keropok lekor. cute aje kan. macam dyien kan *ohh tidak sama sekali!!* 
Dyien panggil baby kopok lekor. haha cute kan. Dyien suka beli comey2 cenggini sebab ta payah nak kena potong2 bagai dah. Balik boleh terus goreng. Tapi dyien suka rebus dulu pastu baru goreng. Dah terbiasa la buat 2 3 kerja macam ini. Kalau nak lagi sedap beli la sos pencicah. Baru ada ummpphh. hahaha.
Utk baby kopok lekor ne 1bungkus 5hengget aje. so dyien amek 2 maknanya 10hengget la. *biasa la time ta bergaji kenalah berjimat*
hoyeeaayyy. ikan gelama masam *ikan masin lah*. Nostalgia tau. Nie kalau kawan2 dyien nampak ne mau tinggal tulang ja. 
murah tau makcik tu jual. 100gram 1hengget. caye tak dyien beli 200gm aje so 2hengget la kan. 5ekor ikan gelama masam ne baru 200gram. ilebiu la makcik. naty dyien mai beli lagi okess.


Dah puas da penat berjalan bersesak-sesak dengan segerombolan orang. haha. *nak gitau la ramai ya rabbi kat Arked Tg.Dawai tu okesss* so sekarang masa utk membasahkan tekak. *waaahhh ayat dakuh mengalahkan sasterawan negara aje*
ABCdefghiz...bla...bla..blaaa... tu dyien punya okesss. Laici kang pulak Mr.munchux punya. ta ohsemmmm la tp memadai la nak membasahkan tekak kan. ecececece.


Lihat Mr.munchux yang keletihan berjalan kesana kemari sambil membawa payung dan barang2 yang dakuh beli. haha. cian kat dye. ta pe ta pe naty dyien belanja kfc okesss.
Wajah dakuh yang sebesar talam itu telah ditangkap curi oleh Mr.munchux. Terima kasih yang memuji kecomelan diriku. *aikk tetibe aje kann*
Sebenarnya kami makan mengadap ke arah laut yang boleh melihat Pantai Merdeka yang berada nun jaoh di sana. *wahh macam lagu la plak kan* 
keinginan yang melampau nak naik bot tidak kesampaian kerana kabus sangat2lah tebal. jadi nak mengelakkan dari terjadi apa2 dyien menjadi budak yang sangat baik mendengar kata tanpa melawan dan membuat perangai. *dyien baik lah. sapa kata dyien ta dengar cakap. tengok ta uat pangai pun ta ley naik bot p pantai merdeka*


haaaaaa... *amboeh panjangnya* hehe :D kan dah kata ada kfc. hehe gimik aje. Eh eh betul lah nie KFC lah. *ye la kiah sape kata salah*. Lepas dah gerak balik dari Tg.Dawai terus tingin kan nak makan ikan bakar *fuhhh sedap beb ikan fresh2 gitu* meleleh ooo air liur dyien. So tanpa dipaksa dan disuruh *dakuh bukan queen control* Mr.munchux bawa p kfc berdekatan dengan rumahku sahaja. Di Taman Tuanku Hamimah. Erm ta de makna nak makan ayam 2 3 ketul. Amek krushers *perisa apa ntah yg tau dalam dye ada buah lemon ngan daun pudina* pastu air pepsi ngan cheezy wedges. Cukup la uat kami berdua nak lapik perut. haha
So inilah akibatnya bila kamera setting ta betul. Time muka berkerut 14 la baru dye nak snap. huhu. Jangan tanya nape Mr.munchux uat muka macam tu coz dyien until sekarang taktau motif dye. Erm oke lah tu. Janji ada muka dyien menepek kat sini. *ada dakuh kesah?* haha


P/S: ampa perasan tak setiap gambar dyien dah letak "missdeqyien.blogspot.com" . perasan tak?? perasan tak?? hehe :) so dyien dah pandai la kan. hoyeeaaahhhh.. hehe :) 
Lagi 1 ampa perasan tak kali ne setiap satu gambar hampir 2muka surat dyien uat karangan. perasan takk? haha. Ni sebab dyien terlampau boring dan terlampau ada masa utk mengupdate citer yg da lama diperap. haha :) maaf ya dyien nie pantang ada peluang nak bercerita 5mukasurat ta cukup tau. haha :)

No comments:

Post a Comment